Sunday, June 29, 2008

KELEBIHAN UNIT AMANAH


Kelebihan :

- Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan tetap.
- Jumlah pwermulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan,tetapi munasabah.
- Biasabya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan tetap.
- Manfaat diperolehi melalui purata kos dolar.
- Unit Amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang akan tidak perlu uruskan.
- Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa

Kelebihan Melabur Dalam Syarikat Unit Amanah

KEPELBAGAIAN

Pelabur dalam Syarikat Unit Amanah boleh mendapat kepelbagaian yang lebih luas dengan modal mereka kerana portfolio SUA biasanya dilaburkan dalam pelbagai jenis sekuriti (20-100 kaunter dalam ekuiti SUA)>Jika pelabur melaburkan semua modalnya dalam kaunter tunggal,dia mungkin kerugian semua modalnya jika syarikat itu dibubarkan.Ekuiti SUA menyebarkan risiko kerugian modal pelabur dengan memegang portfolio bebarapa kaunter.Portfolio sedemikian dijangka kurang mengalami turun naik berbanding portfolio satu atau dua kaunter sahaja.dengan kata mudah,ia mengurangkan risiko.

pelaburan beberapa SUA juga boleh dipelbagaikan mengikut kelas aset.Selain saham,SUA boleh melabur dalam sekuriti pendapatan tetap,harta dan wag tunai.
Pelaburan ini akan memberikan ciri kestabilan dalam pasaran saham menurun,dan bole memberikan sedikit mudah tunai apabila memenuhi belian balik pemegang unit dalam SUA.

Pelabur kecil mendapati sukar untuk mencapai kepelbagaian yang setara dalam potfolio pelaburan mereka kerana modal mereka terhad.Selain itu,mereka mungkin tidak dapat mengakses maklumat terkini yang diperlukan untuk membuat keputusan npelaburan berdasarkan fakta berhubung dengan kepelbagaian.Pelaburan dalam SUA memberi mereka kepelbagaian secara automatik dengan hanya jumlah modal yang kecil.

Potensi Risiko Pasaran Pelaburan


SEmua jenis pelaburan mempunyai tahap risiko yang boleh dikurangkan melalui kepelbagaian portfolio pelaburan.Tabung unit amanah mempermudahkan proses kepelbagaian kerana ia menyediakan saluran kepada pelabur untuk mengumpulkan simpanan mereka bagi membeli portfolio pelaburan yang pelbagai.

Peranan pengurus pelaburan dalam Syarikat Unit Amanah berteraskan Syariah adalah untuk memilih aset yang akan meminimumkan risiko sebanyakyang mungkin dan pada masa yang sama berusaha untuk mencapai objektif tabung.Terdapat berbagai-bagai jenis risiko yang boleh memberikan kesan kepada pelaburan dan sama seperti tabung konvensional,risiko ini akan memberikan kesan sama ada kepada tabung berteraskan syariah ataupun sebaliknya.

Risiko ini termasuklah :

- Pulangan tidak terjamin
- Risiko pengurus/pengurusan
- Risiko pembiayaan/pinjaman/meminjam
- Risiko ketakpatuhan
- Risiko mata wang
- Risiko negara
- Risiko pasaran
- Risiko mudah tunai
- Risiko kredit/mungkir
- Risiko inflasi
- Risiko kadar faedah